PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pagi ini.
Cuaca mendung diramalkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Melaka, manakala hujan di satu dua tempat di Tawau, Sandakan serta Kudat di Sabah.
Bagi Sarawak diramalkan hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.
Pada sebelah petang, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Ribut petir turut diramalkan berlaku di kebanyakan tempat di Perak dan satu dua tempat di Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Melaka serta di kawasan pedalaman Perlis, Kedah dan Kelantan.
Manakala bagi Sabah ribut petir diramal di satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Labuan.
Ribut petir juga diramalkan dialami di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – K! ONLINE