fbpx

Rai Deepavali ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Seksyen 7 di sini, mengingatkan masyarakat India terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika upacara sembahyang sempena Deepavali, esok.

Setiausaha kuil tersebut, N. Sundramoorthi berkata, upacara sembahyang di kuil berkenaan bermula pukul 7 pagi dengan hanya 30 individu sahaja dibenarkan untuk pada satu-satu masa.

Katanya, mereka akan diberikan masa 10 hingga 15 minit dalam tempoh sembahyang itu.

“Kita telah bersedia dengan proses sanitiasi telah dilaksanakan selain pemasangan pita pelekat pada lantai sebagai panduan penjarakan fizikal.

“Pihak kuil akan menyediakan makanan berbungkus kepada setiap pengunjung,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Berdasarkan SOP kluster sosial Kementerian Perpaduan Negara hanya membenarkan mereka yang telah vaksinasi sahaja, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan hadir ke rumah ibadat dan dilarang berkumpul atau berhimpun di luar rumah ibadat selepas selesai upacara keagamaan.

Sundramoorti memberitahu, pihaknya menjangkakan jumlah kehadiran penganut Hindu di sekitar daerah Petaling dan Klang bagi menunaikan upacara sembahyang tersebut.

Ujarnya, sebelum pandemik Covid-19, kuil itu pernah mencatatkan kehadiran dianggarkan sehingga 5,000 pengunjung setiap kali perayaan Deepavali.

“Sudah tentu, kita berharap SOP patuhi walaupun Selangor khususnya telah memasuki fasa keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN),” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI