fbpx

Ragu, takut kesan punca dos penggalak kurang dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rachel (kiri) berbual dengan Adi Yusof (duduk, dua dari kanan) yang sedang berada dalam pengawasan setelah menerima dos penggalak di Pantai Hospital, Klang, Selangor hari ini.

KLANG – Keraguan dan takut kesan sampingan menjadi faktor warga emas menyambut dingin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos penggalak di Pantai Hospital di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Klang, Rachel Yew berkata, ramai penerima vaksin di kalangan kumpulan umur itu tidak hadir pada hari mereka sepatutnya menerima suntikan.

“Pihak kami ada menelefon mereka pada hari janji temu, namun mereka menyatakan bahawa tidak perasan mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Selain itu, ketakutan segelintir penerima vaksin Sinovac terhadap kesan sampingan dos penggalak Pfizier turut menjadi salah satu punca ketidakhadiran mereka,” katanya ketika ditemui di hospital tersebut, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mengalami sebarang kesan sampingan dos penggalak Pfizier walaupun sebelum ini menerima dua dos vaksin Sinovac.

Rachel memberitahu, sebanyak 709 warga emas telah menerima dos penggalak di pusat perubatan itu sejak 28 Oktober lalu.

“Hospital ini diperuntukkan 400 dos vaksin setiap hari untuk program dos penggalak ni.

“Justeru, kita berharap warga emas yang mendapat temujanji di MySejahtera untuk hadir mendapat vaksin,” jelasnya.

Salah seorang penerima dos penggalak, Adi Yusof Ismail, 66, berkata, dia redha dengan ketentuan Illahi apabila mendapat temujanji untuk mendapatkan dos penggalak di aplikasi MySejahtera, hari ini.

“Semua mufti negeri telah bersepakat bahawa hukum mengambil vaksin Covid-19 adalah harus. Jadi, saya yakin dengan ketetapan yang dibuat mereka.

“Dengan mengambil vaksin Pfizier, diharap kerajaan Arab Saudi dapat membenarkan saya menjalani ibadah umrah kelak, “katanya dengan penuh harapan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI