fbpx

Pulanglah ‘baby’, keluarga bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq menunjukkan gambar terbaharu anaknya dipanggil ‘baby’ ketika ditemui di Felda Jelai 4, Tampin semalam.

TAMPIN – Seorang bapa tidak senang duduk selepas anak bongsunya, Nurbatrisyia Muhammad Syafiq Jabri, 18, keluar dari rumah neneknya di Felda Jelai 4, di sini kelmarin.

Muhammad Syafiq Jabri Abdullah, 47, berkata, sejak dimaklumkan mengenai perkara itu, dia cuba mencari anaknya yang dipanggil ‘baby’ di rumah kawan-kawan, masjid dan surau yang terdapat di sekitar Felda kerana kemungkinan remaja itu me­numpang tidur tetapi hampa.

“Ini kali pertama ‘baby’ hilang. Saya bimbang akan keselamatannya lebih-lebih lagi dia perem­puan. Sepanjang kehilangannya, saya tiada selera untuk makan atau minum,” katanya ketika ditemui di Felda Jelai 4 semalam.

Menurut Muhammad Syafiq, mereka sekeluarga baru sahaja pulang dari Kudat, Sabah pada 10 Oktober lalu setelah terkandas di sana selepas menziarah ahli keluarga sejak Mei lepas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Anak saya tidak menunjukkan sebarang masalah dan sentiasa menjaga diri.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan ‘baby’ untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Sementara itu, nenek Nurbatrisyia, Siti Ujamsah Jayus, 63, memberitahu, rakaman televi­syen litar tertutup (CCTV) me­nunjukkan remaja itu keluar rumah pada pukul 5 pagi kelmarin dengan menunggang basikal.

Menurut warga emas itu, pada malam sebelum kejadian, berlaku salah faham antara ‘baby’ dan ahli keluarga, namun dia tidak menyangka cucu keduanya mengambil keputusan meninggalkan rumah.

‘Baby’ pulang, nenek rayu kerana dari semalam (kelmarin) kami tak lena memikirkannya. Jika ada salah faham, terguris hati, kami sudah maafkan dan pulanglah,” rayu Siti Ujamsah.

Tambah wanita itu, Nurbatrisyia seorang cucu yang baik dan ringan tulang kerana kerap membantunya di kedai makan yang beroperasi pada lewat petang hingga malam setiap hari.
Orang ramai yang mempu­nyai maklumat diminta supaya menyalurkan atau menghubungi balai polis berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI