fbpx

PSG bakal turun tanpa Lionel Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) berdepan masalah kecederaan otot lutut menyebabkan dia mungkin terlepas aksi menentang Leipzig awal pagi esok. - AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi mungkin tidak diturunkan menentang RB Leipzig untuk aksi Liga Juara-Juara di Arena Red Bull awal pagi esok disebabkan masalah kecederaan.

Kecederaan dialami itu menyebabkan Messi terpaksa digantikan oleh Mauro Icardi pada awal separuh masa kedua ketika PSG menang 2-1 ke atas Lille pada aksi Ligue 1, Sabtu lalu.

Difahamkan, pemenang enam anugerah Ballon d’Or itu mengalami kecederaan otot dan lutut yang menyaksikan dia perlu dipantau rapi oleh pasukan perubatan PSG.

Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino dilaporkan enggan mengambil risiko me­nurunkan bekas bintang Barcelona itu memandangkan mereka­ kini berkedudukan selesa sebagai pendahulu Kumpulan A.

Ketiadaan Messi tentunya melegakan Leipzig kerana kap­ten Argentina itu berjaya meledak dua gol selain satu jari­ngan daripada Kylian Mbappe ketika menewaskan mereka 3-2 bulan lalu.

Selain Messi, PSG juga hampir pasti turun tanpa khidmat Leandro Paredes, Marco Veratti dan Sergio Ramos, manakala Achraf Hakimi akan kembali berada dalam kesebelasan utama selepas tamat menjalani penggantungan perlawanan.

Sebagai rekod, PSG kini berkelebihan satu mata ke atas jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City yang menanti kunjungan wakil Belgium, Club Brugge di Stadium Etihad awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI