fbpx

Penang FC tumbang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC diasak Pahang FC pada perlawanan di Stadium Bandaraya, malam tadi.

GEORGE TOWN – Hasrat Penang FC memadamkan kekecewaan ketika bertemu Sri Pahang FC di laman sendiri ternyata sia-sia apabila tumpas 5-0 pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Aksi yang dipamerkan skuad kendalian Ketua Jurulatih Thomas Trucas itu sememangnya menghampakan penyokong setianya yang pertama kali menjengah masuk di gelanggang sendiri berikutan pandemik Covid-19.

Pada babak pertama perlawanan, pasukan Sri Pahang FC dilihat mula memamperkan ‘aksi panas’ dengan melakukan beberapa hantaran kemas ke kubu pihak lawan.

Gol pertama pasukan kendalian Dollah Salleh itu hadir pada minit ke-10 hasil sepakan pemain dari Australia, Kenjok Wal Athiu.

Penang FC ternyata enggan menyerah kalah dan cuba melakukan hantaran balas namun berjaya disekat pasukan pelawat.

Bagaimanapun, pasukan Sri Pahang FC sekali lagi mengejutkan Penang FC dengan menggandakan gol kedua hasil ledakkan Abubakar Yakubu pada minit ke-21.

Pasukan pelawat dilihat cuba meraih kemenangan dalam baki perlawanan Kumpulan A dengan membenamkan hasrat Penang FC apabila menambahkan gol ketiga menerusi sepakan Kenjok Wal Athiu pada minit ke-35.

Keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

Memasuki babak kedua, usaha yang dilakukan Penang FC ternyata kurang menyegat apabila terlepas cubaan gol sulung menerusi sepakan percuma daripada pemain Brazil, Endrick Dos Santos pada minit ke-52.

Kesungguhan Sri Pahang FC dalam membolosi rentak perlawanan sememangnya mendapat pujian barisan kepimpinannya apabila berjaya meledakkan gol keempat hasil sepakan kemas ke gawang lawan daripada penyerang, Abdul Malik Mat Arif pada minit ke-58.

Keupayaan pemain pilihan Dollah Salleh, Kenjok Wal Athiu terbukti berhasil apabila berjaya melakukan hatrik dengan menyumbat gol kelima buat pasukan pada minit ke-83, ketika perlawanan berbaki hanya 10 minit.

Keputusan tersebut kekal sehingga akhir pelawanan dan pasukan Sri Pahang FC berjaya mengekalkan kemenangan kedua bertemu skuad Harimau Kumbang. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI