fbpx

Pelajar lembam lemas di Sungai Chukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Ariff Danial yang lemas di Sungai Chukai berhampiran Kampung Pengkalan Cicar, dekat sini hari ini.

KEMAMAN – Keriangan seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) mandi sungai bersama empat individu termasuk seorang adiknya berakhir dengan tragedi apabila dia lemas di Sungai Chukai, Kampung Pengkalan Cicar, di sini hari ini.

Mayat Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, pelajar kelas pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang ditemui pasukan penyelamat pada pukul 5.28 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan kategori lembam bersama tiga rakan dan seorang adiknya telah pergi ke Sungai Chukai yang terletak kira-kira 600 meter dari rumah mereka di Rumah Murah 2, Bukit Kuang di sini untuk beriadah.

“Dia dikatakan telah lemas ketika sedang mandi di sungai itu pada pukul 1.30 tengah hari.

Muhammad Ariff Danial.

“Kejadian itu telah dimaklumkan ahli keluarganya kepada pihak berkuasa pada pukul 3.20 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat tersebut disertai 34 pegawai dan anggota penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ujarnya, mayat mangsa berjaya ditemui selepas lebih dua jam operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan.

“Mayat mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman hampir tiga meter yang lokasi terakhir dia dilhat sebelum tenggelam.

“Sejurus dikenal pasti ahli keluarga, mayat remaja itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini untuk dibedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI