fbpx

Khazanah kerajaan kuno ditemui terbenam di dasar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH sebentuk cincin emas dipercayai ketika zaman kerajaan Sriwijaya ditemui di dasar Sungai Musi, Palembang baru-baru ini.

SEKUMPULAN nelayan yang melakukan penyelaman di Sungai Musi, Palembang, Indonesia menemui harta karun yang diduga peninggalan kerajaan Sriwijaya yang berkuasa antara abad ke-7 hingga ke-13.

Mereka menemui batu permata, cincin emas istiadat, wang syiling dan loceng gangsa sami.

Salah satu penemuan paling besar adalah patung Buddha abad ke-8 yang bertatahkan permata yang dianggarkan bernilai berbilion rupiah.

Ahli arkeologi dari Britain, Dr. Sean Kingsley berkata, penemuan itu satu perkara yang luar biasa.

“Syiling, emas, permata dan patung Buddha yang segala perkara yang mungkin anda anggapnya sebagai satu rekaan sebelum ini kini terbukti benar,” katanya.

Dr. Kingsley juga menyifatkan, khazanah yang ditemui itu sebagai bukti muktamad bahawa kerajaan Sriwijaya adalah ‘dunia air’ yang mana penduduknya tinggal berhampiran sungai seperti dicatatkan dalam teks kuno.

“Apabila peradaban berakhir, istana, rumah kayu dan kuil mereka semuanya tenggelam bersama semua harta di dasar sungai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI