fbpx

‘Berbuih mulut mengadu, tapi tiada tindakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka depan Kosmo! semalam.

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) hairan mengapa masih terdapat pusat kecantikan dan spa menawarkan suntikan Vitamin C dan bahan pemutih biarpun tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya sendiri pernah membuat aduan secara bertulis kepada KKM berhubung kegiatan itu, namun belum ada tindakan tegas diambil.

“Saya sering menulis surat aduan kepada KKM berkaitan isu ini supaya terus memantau atau merampas produk berbahaya itu, tetapi tiada tindakan tegas yang diambil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Mohamad Yusrizal, pihaknya pernah menerima lebih 70 aduan dan laporan berkaitan isu suntikan Vitamin C dan bahan pemutih kulit di negeri ini pada tahun 2018.

Gambar hiasan

Katanya, rata-rata pengguna sanggup berhabis duit sehingga RM750 untuk suntikan itu.

“Mungkin ada antara mereka yang berjaya mencerahkan kulit, namun malangnya kebanyakannya tidak mendapat kesan yang diidam-idamkan,” ujarnya.

Berita berkaitan: Duit habis, kulit tidak ‘putih-putih’

Menurutnya, pengguna sebenarnya tidak sedar mereka berdepan risiko menghidap penyakit kronik semata-mata untuk kelihatan lebih cerah.

“Ada yang mengadu jatuh sakit akibat kesan sampingan seperti sakit kepala. Mereka tidak sedar ia juga boleh menjadi penyebab penyakit berbahaya lain seperti kanser dan masalah
buah pinggang.

Berita berkaitan: Boleh kena sindrom Stevens-Johnson

“KKM sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah mendaftarkan produk suntikan mengandungi Vitamin C,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan denda mungkin tidak memberi kesan kerana mereka mampu memperoleh keuntungan berlipat kali ganda daripada penawaran khidmat suntikan Vitamin C dan bahan pemutih import itu.

Dalam pada itu, Pengarah Ke­sihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, KKM tidak meluluskan pendaftaran dan penggunaan Vitamin C dalam bentuk suntikan untuk apa juga tujuan termasuk pemutihan kulit.

“Jika terdapat spa atau pusat kesihatan yang didapati memiliki dan menawarkan suntikan Vitamin C, mereka boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 kerana memiliki produk tidak berdaftar dengan KKM,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan ramai yang mengambil suntikan Vitamin C dan bahan pemutih kerana terpengaruh dengan promosi selain terikut-ikut dengan tindakan rakan-rakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI