fbpx

Ibu Betty Banafe meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Betty menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.45 pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam darah dan tumor otak.

PETALING JAYA – Ibu kepada pelakon dan usahawan terkenal, Betty Banafe iaitu Fauziyah Gholib meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat jangkitan kuman dalam darah sekitar pukul 4.45 pagi tadi.

Betty memberitahu, selain jangkitan kuman dalam darah, arwah ibunya turut menderita pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk barah otak sejak 10 tahun lalu.

“Ibu menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang ketika tidur. Dia pergi tanpa disedari kerana tidak nampak seperti orang nazak.

“Nafasnya terhenti dengan baik dan mudah. Disebabkan tumor otak, dia tidak merasai kesakitan yang dialami.

“Pada hujung usianya, daya ingatan ibu tidak begitu bagus. Dia seperti ingat-ingat lupa. Malah, mukanya mula membengkak kerana jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang,” katanya yang memberitahu ibunya dirujuk ke hospital sejak kelmarin.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe, 42, berkata, pada awal disahkan mempunyai masalah tumor otak, doktor pernah meramalkan hayat arwah ibu hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.

“Alhamdulilah nyawa ibu kami masih panjang dan terus bertahan. Kami anak-anak reda dengan takdir dan pemergian ibu.

“Ibu adalah segala-galanya bagi kami. Semoga pemergian ibu akan dipermudahkan dan mendapat Husnul Khatimah,” katanya.

Betty menambah, jenazah ibunya akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di Johor Bahru, Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI