fbpx

Ibu bapa suntik dadah kepada anak agar ‘tidur nyenyak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

LONDON – Seorang kanak-kanak terpaksa melalui malam-malam tanpa tidur yang nyenyak kerana bimbang tiga orang adiknya berkemungkinan meninggal dunia akibat disuntik dengan dadah jenis heroin oleh ibu bapa mereka sendiri, lapor akhbar Daily Star semalam.

Empat beradik dari barat laut England yang mempunyai ibu bapa penagih dadah itu hidup dalam kekeliruan dan ketakutan setelah sering menyaksikan keganasan rumah tangga, cubaan membunuh diri dan penyalahgunaan dadah oleh ibu bapa mereka.

Kanak-kanak tersebut, Ava dan tiga adiknya, Chloe, Harper, dan Lucas (bukan nama sebenar) kini berada di bawah pelan perlindungan kanak-kanak dan perkhidmatan sosial sejak 2018 kerana diabaikan ibu bapa mereka.

Penasihat perlindungan bebas, Amanda Clarke yang menulis laporan tersebut memaklumkan bahawa kes mula dibuktikan setelah salah seorang mangsa didapati mempunyai kesan lebam akibat suntikan di pahanya.

Hak penjagaan ditarik disebabkan mengabaikan anak-anak. – Getty/iStockphoto

‘’Ava mengadu tidak dapat tidur kerana bimbang adik-adiknya meninggal dunia ketika bangun tidur selepas diberi suntikan dadah untuk ‘menidurkan mereka’.

‘’Ibu bapanya juga didapati lebih mengutamakan bekalan dadah daripada menjaga kebajikan anak-anak mereka,’’ kata Clarke.

Hak penjagaan anak kedua-dua pasangan itu telah ditarik balik. Ava menyatakan bahawa dia lebih rela diletakkan di bawah pusat penjagaan daripada pulang ke rumah dan menyaksikan ibu bapanya mengambil dadah dan cuba membunuh diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI