fbpx

Guardiola mahu The Citizens bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY perlu mencari kemenangan ke atas Brugge awal pagi esok untuk mengembalikan motivasi selepas tewas kepada Palace dan West Ham. – AFP

MANCHESTER – Pengurus pasukan Manchester City, Pep Guardiola menyeru agar pemainnya segera bangkit menje­lang pertembungan Liga Juara-Juara dengan Club Brugge awal pagi esok.

Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), City dikejutkan apabila tewas 0-2 ketika berdepan Crystal Palace di laman sendiri sekali gus mencatat kekalahan kedua mereka selepas 10 perlawanan musim ini.

Ia adalah minggu yang sukar bagi City apabila sebelum itu tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) apabila tewas 3-5 ke atas West Ham menerusi penentuan sepakan penalti.

Namun, Guardiola dilihat tidak panik dengan kekalahan itu, malah menyifatkan ia adalah perkara biasa dalam perlawanan dan menuntut pemainnya melupakan kekalahan itu dan fokus untuk melepasi aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara.

“Standard kami sebagai satu pasukan dan secara individu sangat tinggi. Kami tahu betapa sukarnya untuk mengekalkan pemain terbaik seperti Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling yang telah membantu kami mencapai kejayaan sejak empat hingga lima tahun lalu.

“Dalam musim ini saingan sa­ngat hebat, penting untuk menjadi terbaik di sini dan positif. Pertembungan seterusnya akan menjadi cabaran bagi pasukan dan mereka perlu bangkit untuk mengatasi kekalahan lalu,” kata Guardiola.

Ketika ini, City berada di kedudukan kedua Kumpulan A dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan, manakala Paris Saint-Germain (PSG) berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI