fbpx

Gentar tandatangan akta lockdown – Adham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – “Saat paling gentar bagi saya sewaktu menandatangani Akta 342,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba ketika mengimbas kembali saat di awal Malaysia berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menurutnya, ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan menandatangani Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi melaksanakan pencegahan dan kawalan Covid-19.

“Betapa gentarnya saya menandatangani Akta 342 untuk membuat ‘lockdown’ satu negara. Semua orang diperintah duduk di rumah bermula 18 Mac tahun lepas dan semua menteri juga duduk di rumah dalam tempoh dua minggu.

“Itu adalah saat paling gentar bagi saya kerana tidak pernah dalam sejarah seorang menteri menandatangani Akta 342 menyebabkan orang tidak bergerak.

“Ini adalah perkara yang saya nak rakamkan di sini bahawa kebanyakan usaha dalam negara berkenaan, akta tidak digunakan sepenuhnya (peruntukan yang ada) tetapi Akta 342, percayalah saya dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan setiap patah dan ayat untuk tujuan pencegahan dan kawalan,” katanya pada Majlis Perkongsian Strategik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.

Dr. Adham berkata, selain itu, beliau dan Khairy Jamaluddin juga menggunakan tambahan dan peruntukan baharu berdasarkan akta berkenaan ketika Ordinan Darurat dikuatkuasakan.

“Sehingga kita mengenakan lima peruntukan baharu dan lima pindaan termasuk nilai kompaun. Sebelum ini, kompaun dikenakan RM1,000 pun kita kena maki hamun di Parlimen kerana mahal.

“Inilah saat begitu getir dan payah untuk diuruskan kerana ada dalam kalangan kita tidak menyukai perkara ini sedangkan ia Akta 342,” katanya.

Terdahulu, Akta 342 digunakan untuk menguatkuasakan semua perintah berkaitan Covid-19 sebelum Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 pula dikuatkuasakan pada 11 Januari tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI