fbpx

Fati kembali cerahkan harapan buat Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATI (kiri) meledak gol tunggal perlawanan untuk Barcelona mencatat kemenangan ke atas Kyiv bagi menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati. - AFP

BARCELONA – Bintang muda Barcelona, Ansu Fati menyelamatkan maruah pasukan itu apabila meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Dynamo Kyiv pada aksi keempat Kumpulan E Liga Juara-Juara di Stadium Olympiyskiy awal pagi tadi.

Ia adalah kemenangan yang dicari-cari The Catalan untuk kembali menghidupkan peluang mereka dalam usaha mencari slot ke pusingan kalah mati selepas ini.

Tiga mata berharga itu melonjakkan Barcelona ke tangga kedua dengan enam mata, memintas pencabar dari Potugal, Benfica yang terpaksa aku jatuh ke tempat ketiga ekoran kekalahan 2-5 kepada Bayern Munich awal pagi tadi.

Fati yang meledak gol tunggal perlawanan menerusi rembatan deras pada minit ke-70, mendedikasikan kemenangan itu buat Sergio Aguero yang diarahkan berehat selama tiga bulan kerana masalah jantung.

“Kemenangan ini buat Kun (Aguero). Kami berharap dia segera kembali bersama kami,” kata Fati selepat tamat perlawanan itu.

Ini adalah kali pertama Barcelona beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara tanpa ketua jurulatih selepas Ronald Koeman dipecat minggu lalu menyebabkan pengendali Barcelona B, Sergi Barjuan dipanggil mengisi kekosongan itu buat sementara waktu.

Sebagai rekod, The Catalan mampu mengesahkan slot ke pusingan kalah mati jika menang ke atas Benfica di laman sendiri, Stadium Camp Nou pada 23 November ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI