fbpx

‘Cuba telefon Nynaa tapi masuk mel suara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami pelakon Nynaa, Mohamed Fahmi membuat laporan polis selepas isterinya 'dilarikan' mentua sebelum ini.

PETALING JAYA – “Saya berjaya bercakap dengan si bapa, dia sudi untuk berjumpa tapi bila dan di mana tak tahu lagi.”

Demikian kata suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, berhubung dakwaan ugutan jenayah senjata api yang menurutnya, dilakukan bapa mertuanya di sebuah set penggambaran drama sebelum ‘melarikan’ isterinya, baru-baru ini.

Kata Mohamed Fahmi, dia tidak pasti di mana keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari lalu.

“Saya syak Nynaa berada di Johor. Keadaan semasa saya boleh cuba telefon Nynaa tapi panggilan akan pergi ke voicemail (mel suara).

“WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Si bapa cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga (anaknya). Saya tak rasa si bapa akan sakiti anaknya tapi sama ada dia (Nynaa) tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tak tahu.

Dedah Mohamed Fahmi, kali terakhir dia berhubung dengan bapa mertuanya adalah pada pagi hari ini namun enggan memperincikan lebih lanjut sama ada benar punca bapa mertuanya bertindak melarikan isterinya disebabkan status kewangan dirinya yang dikatakan kurang kukuh.

“Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan.

“Tapi saya taknak perincikan tentang hal itu (status kewangan). Macam tak elok kalau cakap,” katanya kepada media dalam satu sidang akhbar virtual petang tadi.

Tambahnya, apa pun terjadi, dia berharap masalah yang tercetus antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara bersemuka dan jika boleh tidak mahu terus melibatkan pihak polis.

“Untuk selesaikan hal ini, apa sekalipun, kita kena berjumpa dan berbincang sebab takkan nak buat laporan polis sana sini. Takkan selamanya begitu.

“Laporan polis dibuat saya kerana si bapa telah melarikan isteri saya tanpa pengetahuan diri saya sebagai suami.

“Dia buat begitu dengan mengugut pengawal peribadi saya menggunakan senjata api. Saya guna perkataan ‘penculikan’ dalam laporan polis sebab saya tiada sebarang informasi apa yang berlaku ketika itu,” katanya.

Terdahulu difahamkan, bapa kepada Nynaa yang merupakan seorang pesara tentera tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.

Lebih parah, pada malam 1 November lalu, Mejar (B) Harizal Hashim telah ‘menculik’ anaknya ketika dia berada di set penggambaran satu drama di Shah Alam, Selangor.

Menurut Mohamed Fahmi yang merupakan seorang usahawan, Harizal mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya.

Perbuatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Semasa kejadian, turut bersama si bapa datang ke set penggambaran ialah ibu mertua dan seorang iparnya.

Ibu mertuanya masuk ke set penggambaran lalu menarik masuk ke kereta sebelum membawanya pergi.

Justeru, Mohamed Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam berhubung kejadian terbabit dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dakwanya, dilarikan secara paksa.

Fahmi dan Nynaa atau nama sebenarnya,  Nurul Hanynaa Harizal mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI