fbpx

Blok pentadbiran MCKK terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di blok pentadbiran MCKK di Kuala Kangsar pagi tadi.

KUALA KANGSAR – Sebahagian daripada ruang pejabat blok pentadbiran Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.44 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan tingkat atas blok pentadbiran MCKK iaitu tiga bilik yang musnah kira-kira 30 peratus.

“Komander operasi kemudian mengarahkan anggota melakukan pemadaman menggunakan satu aliran air sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi yang diketuai Ketua BBP Kuala Kangsar, PKPgB Ahmad Izuwan Zakaria tamat sepenuhnya pada pukul 6.12 pagi.

Punca kebakaran serta nilai kerosakan sedang disiasat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI