fbpx

Bellingham tidak minat ke Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM dikaitkan dengan penghijrahan ke Anfield musim panas ini tetapi dia menafikan mengenai khabar angin berkenaan. – AFP

DORTMUND – Bintang muda Borussia Dortmund, Jude Belling­ham menafikan khabar angin mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke Liverpool sambil menyifatkan ia adalah mengarut.

Minggu lalu, bekas pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Craig Hignett mencetuskan spekulasi berkenaan apabila mendakwa Bellingham sudah membuat keputusan untuk menyertai Liverpool pada musim panas nanti.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Sebastian Kehl mengesahkan bahawa Liverpool menjadi salah satu pasukan yang berminat untuk mendapatkan bekas pemain Birmingham itu.

Bellingham dalam laman sosial Twitternya memuat naik emoji ketawa apabila dikatakan bakal meninggalkan Jerman pada musim panas nanti untuk ke Anfield.

Pemain berusia 18 tahun itu setakat ini berjaya meledak tiga gol dan melakukan enam um­panan gol dalam 16 penampilan bersama Dortmund dalam semua kejohanan setakat musim ini.

Dalam pada itu, Kehl mengesahkan bahawa kelab itu tidak berhasrat untuk melepaskan Bellingham dan semua pemain mereka dalam masa terdekat ini.

“Dia adalah pemain Dortmund dan akan terus kekal bersama kelab ini. Memang banyak pasukan yang berminat dengan khidmatnya bukan sahaja Li­verpool.

“Ia suatu yang baik apabila orang bercakap mengenai pemain kami. Itu bermakna kami melakukan perkara yang betul. Kami akan terus memberikan apa yang pemain mahukan di sini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI