fbpx

Bayi 14 hari maut kemalangan kereta dengan lori tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kampung Gelung Gajah, Bakar Batar dekat Ayer Tawar pagi tadi. Kemalangan itu juga menyebabkan seekor anak lembu mati dilanggar kenderaan terbabit.

MANJUNG – Seorang bayi berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dan lori tanah di Jalan Kampung Gelung Gajah, Bakar Batar dekat Ayer Tawar di sini pagi tadi

Dalam kejadian berkenaan, kereta Perodua Kancil itu dinaiki enam sekeluarga termasuk bayi tersebut.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.24 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati kejadian melibatkan sebuah lori tanah melanggar Perodua Kancil.

‘Terdapat tujuh mangsa iaitu pemandu dan penumpang hadapan kereta, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak yang juga penumpang belakang kereta manakala bayi lelaki berusia 14 hari meninggal dunia.

“Turut tersepit ialah pemandu lori tanah,” ujarnya.

Difahamkan, kejadian berlaku sewaktu lori tanah tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Ayer Tawar menghala ke Beruas manakala kereta dinaiki keluarga berkenaan datang dari arah bertentangan.

Nahas berlaku selepas kereta itu dipercayai melanggar dua ekor lembu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori tanah.

Komander operasi mengarahkan tindakan mengeluarkan mangsa-mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seri Manjung dengan ambulans manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai PBK II Suhaimi Nijar tamat sepenuhnya pada pukul 7.58 pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI