fbpx

AS bina hab angkasa lepas, elak China terkedepan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBARAN lebuh raya angkasa lepas yang dirancang pembinaannya oleh AS.

TENTERA Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk membina lebuh raya angkasa lepas yang dilengkapi dengan hentian pit dalam menjadikan perjalanan ke angkasa sebagai satu kebiasaan.

Komando Pengangkutan AS dan Angkatan Angkasa AS meramalkan, pada masa hadapan, orang ramai boleh menggunakan lebuh raya tersebut.

Selain itu, sistem lebuh raya angkasa yang dibangunkan itu juga membolehkan rakan kongsi komersial dan sekutu AS dapat melakukan perjalanan ulang alik dan tetap ke bulan atau lebih jauh lagi.

Sistem itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan beberapa hab yang mana mereka dapat mengisi tangki bahan bakar, melakukan penyelenggaraan lengkap, bahkan dapat membuang sampah.

Mereka kini berusaha untuk membangunkan hentian pit dan mempercepatkan pengoperasiannya dalam usaha mengelak China membina hab tersebut terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Angkasa AS, John Olson berkata, pihaknya telah menghidu ‘hasrat’ China itu.

“Saya berharap dapat membantu memimpin negara kita ke hadapan menerusi kerjasama erat dengan pihak berkaitan untuk melaksanakan misi ini terlebih dahulu sebelum orang lain berbuat demikian,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI