fbpx

Amaran ribut petir di 9 buah negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di sembilan buah negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan berlaku di seluruh negeri Perlis dan Wilayah persekutuan Labuan serta beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 10 malam ini.

“Di Kedah, cuaca buruk dijangka berlaku di daerah seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Kulim. Manakala di Pulau Pinang pula kawasan yang terlibat ialah di Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

“Selain itu di Perak, keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta dan Muallim. Manakala di Selangor, hujan lebat berserta ribut petir diramal melanda Hulu Selangor,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di negeri Johor melibatkan daerah Kota Tinggi.

“Cuaca sama juga diramal berlaku di Sarawak melibatkan kawasan di Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah, hujan lebat berserta ribut petir turut berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau),” ujarnya.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seramai 18 guru dan 14 murid terperangkap di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang akibat banjir kilat melanda sekolah berkenaan pada petang Isnin.

Kesemua mereka dikatakan terperangkap di sekolah berkenaan selepas banjir kilat berlaku ekoran hujan lebat berterusan selama dua jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI