TUMPAT – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki yang membawa sebanyak 68 ekor kambing baka Boer seludup selepas menahan sebuah lori dipandunya di Lubuk Jubakar Darat, di sini hari ini.
Lori tersebut ditahan pada pukul 12.30 tengah malam tadi selepas anggota PGA melihat kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan rutin.
Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, anggota PGA telah mengarahkan pemandu lori itu berhenti untuk memeriksa bahagian muatan kenderaan tersebut.
Menurutnya, PGA telah menemui 68 ekor kambing baka Boer yang dianggarkan bernilai RM102,000 yang berada di bahagian belakang lori itu. -K! ONLINE