GERIK – Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini sebentar tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 3.49 petang.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi.
“Terdapat lima mangsa terlibat di mana pemandu dan penumpang Perodua Myvi berusia 29 dan 24 tahun maut bersama seorang wanita dalam Perodua Axia.
“Dua lagi mangsa yang menaiki Perodua Axia iaitu wanita berusia lingkungan 30 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun cedera,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE