fbpx

Sorok beras Siam bawah timbunan guni berisi kulit kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangsal yang dijadikan tempat untuk menyembunyikan beras Siam seludup di kampung Limau Purut, Lubok Stol dekat Rantau Panjang. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Taktik sindiket penyeludup menjadikan bangsal yang menyimpan guni berisi kulit kelapa untuk menyembunyikan 3,340 kilogram beras Siam di kampung Limau Purut, Lubok Stol di sini gagal apabila Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menghidu kegiatan itu semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA, Superitendan Nor Azizan Yusof berkata, anggota PGA menemui lokasi itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menjalankan rutin rondaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam bangsal itu telah membawa kepada penemuan beras-beras Siam seludup seberat 3,340 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 18,560.

“Selain itu, anggota PGA turut menemui beras pulut seberat 600 kilogram dan beras untuk nasi dagang seberat 100 kilogram.

“Siasatan awal mendapati, beras-beras itu telah dibawa masuk secara haram melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI