fbpx

Seorang lagi mangsa nahas dua kenderaan di Gerik maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Seorang lagi mangsa nahas membabitkan dua kereta di Kilometer 64, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini, disahkan meninggal dunia.

Wanita berusia 30 tahun yang juga pemandu Perodua Axia itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik pada pukul 8.38 malam.

Terdahulu, pasangan suami isteri berusia 29 dan 24 tahun menaiki Perodua Myvi maut di tempat kejadian bersama penumpang wanita Perodua Axia berusia 27 tahun.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan bagaimanapun terselamat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan kemalangan membabitkan dua kenderaan itu pada pukul 4.32 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Jeli menghala Gerik manakala sebuah kereta lagi dari arah Gerik menghala ke Jeli. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI