fbpx

Rudiger jamin terus kekal di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER mengakui sedang berada dalam rundingan mengenai kontrak baharu bersama Chelsea sekali gus hampir menamatkan spekulasi perpindahannya. – AFP

LONDON – Chelsea menerima khabar gembira berhubung situa­si kontrak Antonio Rudiger menjelang aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara menentang Malmo di Stadium Eleda awal pagi esok.

Sebelum ini, timbul spekulasi pemain antarabangsa Jerman itu bakal meninggalkan Stamford Bridge tahun depan kerana masih belum menandatangani kontrak lanjutan bersama The Blues.

Bagaimanapun, Rudiger tampil menjelaskan keadaan sebenar berhubung rundingan kontrak baharu bersama pasukan itu selain mengakui gembira untuk terus menyarung jersi Chelsea.

“Sekiranya anda lihat situa­si saya di Chelsea, semua orang boleh nampak saya sangat gembira. Berhubung situasi kontrak, saya ada bercakap dengan kelab dan perbincangan tersebut adalah rahsia.

“Seperti yang saya cakap sebelum Euro 2020, saya akan berbincang dengan kelab mengenai masa depan di sini. Memang sudah ada rundingan antara Marina (Granovskaia) dan ejen saya,” kata Rudiger.

Justeru, bekas pemain AS Roma itu mahu memberikan fokus sepenuhnya bagi membantu Chelsea mengutip tiga mata penuh apabila turun menentang Malmo awal pagi esok.

“Sekarang saya tidak mahu fikir mengenai kontrak kerana kami ada tugas yang sangat pen­ting nanti. Fikiran saya hanya untuk berjuang demi pasukan setiap kali bangun tidur,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI