fbpx

Positif Covid-19, Shahrulezad henti penggambaran drama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN ujian dilakukan Shahrulezad hari ini menunjukkan dia positif Covid-19.

PETALING JAYA – Gara-gara positif virus Covid-19, pengarah popular Shahrulezad Mohameddin terpaksa menghentikan penggambaran drama Khilaf Asmara yang dibintangi Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Selain Shahrulezad, terdapat beberapa orang kakitangan produksi Radiusone turut dijangkiti wabak berkenaan.

“Dengan ini secara rasminya, produksi Khilaf Asmara akan dihentikan buat sementara waktu untuk proses kuarantin memandangkan terdapat beberapa orang pekerja yang positif termasuklah saya.

“Sesiapa yang ada berhubungan dengan pekerja, kru atau artis Radiusone digesa untuk melakukan ujian calitan segera,” tulis Shahrulezad dalam Instagramnya sebentar tadi.

Menurutnya, jangkitan berkenaan bermula daripada seorang pekerjanya yang dikesan tidak sihat pada minggu lalu.

Ironinya, penyebaran virus berlaku apabila pekerja berkenaan masih bekerja seperti biasa selepas ujian antigen kendiri yang dilakukan menunjukkan keputusan negatif.

Bagaimanapun, selepas melakukan ujian calitan PCR, keputusannya adalah positif dan telah pun menjangkiti pekerja lain.

Shahrulezad yang turut negatif pada awalnya ketika melakukan ujian pada dua hari lalu turut dikesan positif Covid-19 hari ini.

“Saya pada awalnya negatif, tiba-tiba rasa tidak sedap badan bermula semalam. Selepas makan ubat demam masih begitu juga.

“Hari ini sebelum masuk ke pejabat dan turun ke set penggambaran, lakukan sekali lagi ujian calitan. Alhamdulillah saya rupa-rupanya positif. Sekarang semua pekerja Radiusone tengah beratur depan klinik buat ujian calitan sekali lagi, takut kalau virus ini semakin merebak,” tulisnya lagi.

Justeru itu, Shahrulezad menyeru orang ramai agar tidak bertangguh melakukan ujian calitan PCR atau RPK andai berasa tidak sihat.

“Apa yang saya belajar di sini, jika sudah tidak sedap badan terus buat ujian calitan RPK atau PCR. Jangan percaya sangat dengan ujian air liur atau ujian antigen.

“Gara-gara percayakan ujian air liur itulah saya dan pekerja pertama yang terkena jangkitan jadi pembawa virus Covid-19 tanpa kita sedar,” ujarnya.

Shahrulezad bersyukur mengetahui dirinya positif sebelum terbang ke Langkawi, Kedah untuk melawat set penggambaran drama Fantasia Inn yang dibintangi Azhan Rani dan Didie Alias. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI