fbpx

Polis Perak tingkat pemantauan sepanjang Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Polis Perak akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terutama di kawasan perumahan dan tumpuan ramai sepanjang sambutan Deepavali.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Mazlan Santarai berkata, pemantauan oleh pasukan pemantau itu bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Katanya, pemantauan itu akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

“Pasukan pemantau ini akan menasihati dan menegur terlebih dahulu orang ramai dan sekiranya terdapat kesalahan serius, kita tidak teragak-agak mengenakan tindakan kompaun.

“Kita tidak mahu, keadaan yang tidak terkawal akan menyebabkan penyebaran Covid-19 yang boleh menggugat kesihatan orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelupusan Eksibit Dadah Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI