fbpx

Penutupan kilang punca minyak masak paket kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ridzuan (kanan) ketika melakukan tinjauan harga barangan di Pasar Chowrasta di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Bekalan minyak masak paket yang dikatakan terjejas minggu lalu di sekitar daerah Timur Laut dijamin kembali pulih bermula minggu ini terutama menjelang sambutan perayaan Deepavali.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, siasatan mendapati antara punca utama menyebabkan bekalan minyak masak paket itu terjejas di daerah itu adalah disebabkan sebuah pengilang terpaksa menutup operasi kilang mereka akibat Covid-19.

Katanya, pengilang tersebut merupakan antara pengilang terbesar di bahagian pulau di negeri ini yang membungkus semula minyak masak paket untuk diedarkan kepada peruncit dan ejen.

“Kuota mereka adalah 150 tan sebulan, namun minggu lalu mereka menutup operasi selama tujuh hari akibat Covid-19 dan hanya membuka semula operasi minggu ini.

“Kita telah jalankan siasatan segera mengenai perkara ini dan menjamin bekalan kembali pulih pada minggu ini selepas kilang berkenaan kembali beroperasi,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2021 di Pasar Chowrasta di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI