fbpx

Penganjur program dihadiri Muhyiddin, Najib dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin dan Najib

PUTRAJAYA – Dua tawaran kompaun bernilai RM20,000 dan RM4,000 telah dikeluarkan kepada penganjur melibatkan program dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan akhbar memaklumkan, tawaran kompaun bernilai RM20,000 ditawarkan kepada Perikatan Nasional Melaka sebagai penganjur perhimpunan yang melibatkan kehadiran Muhyiddin.

“Satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 telah dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program dihadiri oleh Najib. “Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tawaran kompaun itu berdasarkan pemantauan dan siasatan dijalankan oleh pegawai diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI