PUCHONG – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sudah bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan bagi berdepan bencana banjir besar terutama di negeri-negeri di Pantai Timur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata,
pihaknya meramalkan banjir besar akan melanda beberapa lokasi di Pahang dan Terengganu seperti yang berlaku tahun lalu.
Beliau berkata, antara lokasi yang diramal banjir termasuk di Maran dan Kuala Lipis di Pahang serta Kemaman, Terengganu.
“Banjir di Pahang tahun lalu adalah yang kedua terbesar selepas bencana banjir besar pada tahun 2014. Justeru, kami sudah bersiap siaga untuk berdepan situasi itu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Siri 1/2021 di Markas Pasukan SMART, hari ini.-K! ONLINE