fbpx

Mobilpreneur dan penyewa KDR Kerdau terima geran dan kunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY Wan Ismail (dua dari kiri) dan Syed Ibartahim Syed Ahmad (kiri) bersama sebahagian mobilpreneur di Kuala Kerdau, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Seramai 15 pengusaha bergerak (mobilpreneur) dan enam peniaga Kedai Desa Rakyat (KDR) menerima geran motosikal dan kunci premis daripada kerajaan negeri di Kerdau, dekat sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bantuan motosikal diberikan untuk kemudahan pengusaha kecil berkenaan memasarkan barangan di sekitar kawasan Kuala Kerdau.

“Dengan pemilikan kenderaan ini pengusaha berkenaan mampu menjana pendapatan yang mana kemudahan ini sekali gus menggalakkan kaedah berniaga secara ‘hantar dan bayar’ lebih-lebih lagi ketika ini masih dalam tempoh fasa pemulihan wabak Covid-19.

“Kerajaan negeri juga memberikan inisiatif perniagaan dalam kalangan penduduk di sini melalui pembinaan KDR melibatkan peruntukan kewangan bernilai RM1.6 juta dengan menawarkan peluang berniaga kepada enam orang pengusaha,”katanya pada majlis penyerahan sumbangan motosikal dan KDR yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Dewan Sri Ketumbit di sini, semalam.

Menurut Syed Ibrahim, kesemua penyewa KDR yang menerima kunci premis berkenaan turut menerima berita gembira apabila menteri besar mengumumkan penurunan kadar sewa bulanan antara RM200 hingga RM300 berbanding RM700.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI