fbpx

Mayat pelajar UniMAP lemas ketika mandi sungai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengusung mayat mangsa yang ditemui lemas di sebatang sungai di Kampung Pulau Besar, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

TUMPAT – Mayat seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dikhuatiri lemas semasa mandi bersama rakan-rakannya di sebatang sungai di Kampung Pulai Besar di sini ditemui selepas hampir 20 jam hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, Ahmad Hilmi Mas Yuri, 19, ditemui selepas mayatnya timbul di permukaan sungai tersebut pada pukul 10.30 pagi tadi selepas dikhuatiri lemas pada pukul 2 petang semalam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.

“Jenazah mangsa sudah dituntut oleh keluarganya yang datang dari Perak untuk menjalankan urusan pengebumian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat mangsa turut melibatkan seramai 60 orang anggota bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam, sukarelawan dan penduduk kampung bermula pukul 8.30 pagi tadi selepas operasi mencari ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI