fbpx

Lima kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lima lagi kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada tiga kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan komuniti dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut antara penyumbang jangkitan baharu yang merekodkan sebanyak 5,071 kes dengan 15 daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes terkini sebanyak 2,481,339 kes.

“Daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 121 kes (2.4 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 4,950 kes (97.6 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh merekodkan sebanyak 5,372 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh mencatatkan 2,385,432 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 557 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 300 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI