BUSANA yang dipakai aktres popular Kajol ketika menghadiri sebuah majlis di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertemakan Halloween baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat menggayakan busana yang mengambil ilham daripada karakter dalam filem Cruella.
Dalam majlis tersebut, Kajol mengenakan busana berwarna hitam putih dengan gaya kolar tinggi dan potongan luas pada bahagian dada.
Kajol yang turut berkongsi gaya fesyen digayakannya tempoh hari dalam Instagram miliknya mencuri perhatian peminat apabila ada dalam kalangan mereka menggelar pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai itu mirip seperti karakter Disney.
“Awak kelihatan sangat jelita dan cantik. Tidak ubah seperti karakter Disney,” kata seorang peminatnya.
“Saya mahukan lebih banyak gambar kerana anda kelihatan terlalu cantik,” ujar seorang lagi pengikutnya.