fbpx

Bersiap sedia hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan peka terhadap amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, musim Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka akan bermula pada 3 November ini hingga Mac 2022.

“Oleh itu, hujan lebat berterusan boleh mengakibatkan banjir. Risiko banjir akan jadi lebih buruk jika berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

“Tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang akan menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan, manakala kawasan pantai yang mengadap laut tersebut dijangka alami risiko kenaikan paras air laut,” katanya dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh muat turun aplikasi myCuaca atau layari laman web dan media sosial rasmi Malaysian Meteorological Department dan hubungi talian hotline 1-300-322-1638 untuk mendapatkan info lanjut.

Sementara itu, MetMalaysia tadi mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku
sehingga 3 November 2021 di beberapa buah negeri.

Amaran itu dikeluarkan di negeri seperti Kelantan, iaitu melibatkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Manakala, di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI