fbpx

Beri kelonggaran murid pakai sopan ke sekolah – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI meninjau suasana kelas di Sekolah Kebangsaan Semasih, Panchor, Muar susulan pembukaan sekolah bagi negeri fasa 4.

MUAR – Kementerian Pendidikan (KPM) sekali lagi mengingatkan pihak sekolah agar memberikan kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah khususnya dari aspek pemakaian.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu telah dinyatakan sebelum ini bahawa murid dibenarkan untuk mengenakan apa sahaja pakaian yang sopan ke sekolah.

Namun katanya, masih terdapat rungutan daripada ibu bapa mengenai segelintir guru yang menetapkan syarat untuk murid mengenakan uniform sekolah lengkap.

“Saya tekankan sekali lagi bahawa pihak kementerian seperti yang dinyatakan sebelum ini telah membenarkan murid-murid untuk memakai pakaian bersesuaian serta sopan dan kemas sehingga tempoh sehingga akhir tahun persekolahan iaitu pertengahan bulan Disember.

“Itu paling penting sebab kami dapat aduan ada yang kata cikgu suruh pakai baju sekian-sekian, kasut sekolah betul-betul sedangkan sebahagian mereka ini ada yang baju pun dah tak muat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Semasih, Panchor, di sini, hari ini.

Menurut Radzi, pihak sekolah seharusnya memudahkan urusan kehadiran murid ekoran kekangan yang dihadapi ibu bapa tatkala pembukaan sekolah di waktu pandemik.

“Saya mohon pihak sekolah khususnya guru-guru pastikan anak ini dimudahkan kehadiran mereka ke sekolah. Kita tak nak tetapkan hari tertentu pakai pakaian tertentu, kalau tak boleh pakai misalnya kena bagitau mak ayah dan sebagainya.

“Ini mungkin memberikan satu bebanan kepada ibu bapa khususnya buat mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI