fbpx

Barangan narkotik RM58 juta dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan Santarai (kiri) menunjukkan antara pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM58 juta untuk dilupuskan pada Majlis Perlupusan Barang Kes Narkotik di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

IPOH – Polis Perak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM58 juta membabitkan 4,991 kertas siasatan sejak tahun 1988 hingga kini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Mazlan Santarai berkata, pelupusan itu membabitkan dadah seberat 1,561.4 kilogram (kg), daun ketum (2,773.7kg) dan 1.7 juta liter cecair ketum serta ubat batuk.

Katanya, kesemua eksibit yang merupakan rampasan narkotik dari 15 daerah itu akan dilupuskan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Kesemua eksibit ini adalah hasil daripada serbuan dan rampasan yang dilakukan serta telah pun selesai perbicaraan di mahkamah.

“Antara dadah yang dilupuskan ialah 413,602.99 gram (g) heroin, ganja (699.984.08g), syabu (34,451.64g), ketamin (1,276g), ecstasy atau yaba (21.86g), pil khayal (0.41g) dan erimin 5 (57.05g).

“Turut dilupuskan daun ketum seberat 2,773.70kg, cecair ketum (1.7 juta liter), ubat batuk (43,517.34 milliliter), monoacetylmorphine (392.76g), heroin monoacetylmorphine (39.68g) dan lain-lain dadah (411,581.26g),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI