fbpx

Balasan buat pengganggu Ateez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATEEZ

AGENSI KQ Entertainment yang menaungi Ateez mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengganggu privasi kumpulan itu.

Hal ini kerana menurut agensi tersebut, mereka menjumpai satu alat penjejak lokasi yang dilekatkan pada kenderaan digunakan Ateez.

Tidak mahu berkompromi, KQ memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pelaku yang memasang alat tersebut.

“Nampaknya perbuatan mengganggu privasi artis kami masih berlaku sehingga mengacau gerak kerja syarikat, malah lebih teruk membuatkan mereka mengalami masalah kesihatan mental.

“Baru-baru ini, kami mendapati ada alat penjejak lokasi dipasang pada kenderaan Ateez sekali gus mendedahkan lokasi mereka kepada pelaku. Kami sudah memaklumkan kepada polis dan tiada kompromi dalam hal ini,” katanya.

Bukan hanya itu, KQ turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang didapati bersalah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tersebut akan disenarai hitam daripada menyertai acara bersama Ateez.

“Kami berharap peminat dapat mewujudkan budaya yang sihat demi keselamatan Ateez,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI