fbpx

Anggota PGA, dua rakan didakwa seludup lima wanita Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini untuk menghadapi pertuduhan menyeludup lima PATI wanita warga Thailand bulan lalu. FOTO YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan antara tiga individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup lima wanita pendatang asing tanpa izin (PATI), bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh Muhd. Nor Hafifi Khanapiah 33, yang berpangkat koperal bersama rakan sindiketnya iaitu Mohd. Azhar Mohammad, 28 dan Muhammad Rahmat Muhammad,33, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Wan Badrul Munir Mohd. Hamdy.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama-sama telah menyeludup lima migran wanita warga Thailand iaitu Yuyanee Yusoh, Nuriyah Mama, Romlah Saa, Haleemoh Chairesai dan Rorpee-Ah Dorloh.

Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di sekatan jalan raya Lalang Pepuyu, Tanah Merah kira-kira pukul 10 malam pada 6 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 20A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala hanya Muhammad Rahmat diwakili peguam bela Shaharuddin Mohamed.

Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk memanggil dan merekodkan keterangan kesemua migran yang terlibat dalam kes itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI