fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di 12 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di hampir kesemua negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir berserta hujan lebat itu dikeluarkan di seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan, selain beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat berserta ribut petir ialah di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Baharu. Manakala di Perak, kawasan terlibat ialah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

“Di Pantai Timur pula, kawasan yang dijangka akan mengalami hujan lebat berserta ribut petir ialah di Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu dan Marang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Maran, Kuantan dan Pekan),” katanya di sini tadi.

Katanya, cuaca tersebut diramal akan berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Sementara itu, keadaan sama turut diramal berlaku di Negeri Sembilan, melibatkan daerah Kuala Pilah dan Rembau; di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Manakala di Sarawak pula, cuaca berkenaan boleh berlaku di Kuching, Serian, (Simunjan), Betong (Saratok dan Kabong), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang,” ujarnya.

Selain itu katanya, beberapa daerah di Sabah juga bakal dilanda hujan lebat ialah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI