fbpx

Ahli Parlimen terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah antara yang menerima dos penggalak Pfizer sebelum ini.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen hari ini menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang berlangsung di dalam bangunan Parlimen hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memuat naik gambar Ahli Parlimen menerima suntikan tersebut pada ciapan Twitter beliau.

Menurutnya, lebih banyak janji temu untuk pemberian dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak dan kebanyakan janji temu tersebut akan dibuat di klinik kesihatan.

“Kes mungkin akan menurun tetapi kemasukan ke hospital semakin meningkat di beberapa negeri. Justeru, ambillah dos penggalak,” katanya di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI