PUTRAJAYA – Sebanyak 5,071 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,481,339 kes.
Angka jangkitan baharu itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pada media sosial beliau.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow,” katanya di sini hari ini. -K!ONLINE