fbpx

18 kes BID daripada 63 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) daripada 63 kes kematian yang dilaporkan, demikian data pada laman web CovidNow.

Pertambahan angka kes BID menjadikan jumlah kematian BID di seluruh negara sebanyak 5,864 kes.

“Dalam masa sama, jumlah kematian di seluruh negara merekodkan sebanyak 28,975 kes. Tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam,” menurut maklumat pada laman web itu.

Kesemua kematian dilaporkan di Sarawak (20), Sabah (7), Johor (6), Terengganu (6), Kelantan (5), Selangor (5), Pulau Pinang (4), Kuala Lumpur (3), Pahang (2), Perak (2), Perlis (2) dan Melaka (1) serta tiada kematian di Kedah, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Pesakit aktif mencatatkan sebanyak 67,233 kes termasuk 51,835 kes dikuarantin di rumah, 9,082 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,747 kes di hospital, 268 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 301 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI