fbpx

11 kawasan di Klang berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahrizal (lima kiri) ketika meninjau Pintu Air Pandamaran 12, Jalan Pandamaran Jaya, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sebanyak 11 lokaliti di daerah ini berisiko dilanda banjir susulan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari bermula Khamis ini.

Ini melibatkan Kampung Tok Muda, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pandamaran, Taman Selat Damai dan Pelabuhan Klang.

Selain itu, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD), Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh berkata, berdasarkan ramalan fenomena itu berlaku antara pukul 5.21 pagi hingga 7.18 pagi dalam tempoh empat hari tersebut.

Katanya, paras air laut tertinggi dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.

“Kita telah arahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar sentiasa menyelenggara sistem saliran di bawah kuasa pentadbiran mereka.

“Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang turut diaktifkan bagi bertindak sebagai penyelaras dalam pengendalian bencana di Klang,” katanya selepas meninjau Pintu Air Pandamaran 12, Jalan Pandamaran Jaya, di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI