fbpx

Wajah pengantin siap disolek dihembus asap rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurusolek menghembuskan asap rokok kepada wajah pengantin yang siap disoleknya. - TikTok

JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan wajah seorang pengantin perempuan  yang siap disolek lalu dihembus dengan asap rokok oleh jurusolek menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.

Video tersebut yang dikongsikan menerusi  akaun TikTok @cindy.salon menunjukkan pengantin perempuan tersebut mengenakan pakaian dan perhiasan mengikut adat masyarakat Jawa.

Ketika wajahnya dihembus asap rokok, wanita itu hanya menutup matanya sebelum tersenyum.

Netizen yang menonton video tersebut rata-ratanya mengatakan bahawa aura pengantin itu kelihatan berbeza selepas jurusolek meniup asap rokok  tersebut ke wajahnya.

“Selepas dia (pengantin) tersenyum, auranya jadi berbeza,” komen seorang netizen.

“Perkara ini sudah jarang dibuat sekarang walhal ia merupakan bahagian yang paling penting,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI