fbpx

Unit kuasa Ferrari makin mengancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI berjaya mempamerkan peningkatkan dari aspek kepantasan terutama ketika saingan di GP Turki sebelum ini. – AFP

MARANELLO – Ferrari melaungkan keyakinan bahawa mereka semakin hampir untuk mengurangkan jurang perbezaan dengan pasukan pencabar dalam saingan Formula Satu (F1) selepas pengenalan enjin baharu.

Pasukan dari Itali itu sudah bekerja keras sejak 2019 untuk meningkatkan kemampuan enjin bagi memberi saingan kepada Mercedes dan Honda yang sering mendominasi sukan permotoran tersebut.

Selepas melakukan ubah suai terhadap unit kuasa jentera Charles Leclerc dan Carlos Sainz pada Grand Prix (GP) Rusia dan Turki, mereka menampilkan pemanduan yang lebih pantas.

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto percaya jentera pasukan itu menunjukkan peningkatan cukup drastik, terutamanya ketika­ melalui laluan lurus meski­pun masih ada perbezaan de­ngan pasukan pencabar utama.

“Selepas pengubahsuaian enjin, jentera dapat menjana lebih kuasa ketika laluan lurus. Apa yang pasti, kami semakin hampir untuk merapatkan jurang dengan pasukan-pasukan lain.

“Mungkin masih ada jurang perbezaan itu tetapi ia tidak terlalu jauh. Secara kesimpulannya, jentera kami sudah semakin pantas selepas ubah suai enjin tersebut,” kata beliau.

Selepas ini, Ferrari akan terus menguji kemampuan jentera mereka menjelang perlumbaan GP Mexico di Litar Hermanos Rodriguez yang dijadualkan berlangsung 6 hingga 8 November ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI