fbpx

Tiga maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga mangsa maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal yang bertembung secara berhadapan di Kilometer 4 Jalan Chuah - Bukit Pelandok malam tadi.

PORT DICKSON – Tiga lelaki maut selepas dua buah motosikal dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Chuah – Bukit Pelandok di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku pada pukul 7 malam tadi dipercayai sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan bergerak dari arah Lukut menghala ke Bukit Pelandok manakala sebuah motosikal lain dinaiki dua lelaki warga Pakistan datang dari arah bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan.

“Dalam kemalangan itu, seorang mangsa warga Pakistan, Usman Muhammad, 34, yang merupakan pekerja kontrak dari Lukut di sini meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemboncengnya, Hassan Ahmad, 29, seorang kontraktor meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Port Dickson.

“Seorang lagi penunggang motosikal rakyat tempatan, P.Daneshwaran, 22, pekerja kontrak dari Sepang, Selangor juga meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Port Dickson,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, kesemua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson bagi proses bedah siasat,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI