fbpx

Sunting poster filem, Rita selar ‘vlogger lembu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita Rudaini.

PETALING JAYA – Enggan membiarkan diri dihina dan berterusan dituduh antivaksin, Rita Rudaini membalas tindakan seorang pengulas filem bebas dengan menggelarkan lelaki tersebut sebagai vlogger lembu.

Pelakon itu berkata, dia kesal apabila pada era ini masih ada individu bersikap seperti itu yang sanggup menghina orang lain semata-mata disebabkan berbeza pandangan.

“Tuhan bagi akal dekat kau bukan untuk kau gunakan menghina orang. Ramai orang Islam macam ini mencaci cerca orang yang tak vaksin.

“Malulah kat agama lain. Selepas vaksin sudah jadi lembu. Tuhan bagi kau jadi manusia, kau pilih jadi lembu.

“Blogger lembu memang akan buat kandungan bodoh-bodoh macam lembu. Setakat itu saja pun otak mampu fikir. Nak masuk tahun 2022.

“Biasalah blogger sampah. Gelar diri sendiri blogger tapi tak nampak macam blogger pun. Lebih mirip kepada lembu kacuk babi,” luahnya sinis menerusi perkongsian dalam InstaStory.

Ibu kepada dua cahaya mata yang menyatakan dirinya sebagai prosafe itu mendedahkan individu berkenaan menyunting judul poster filem lakonannya yang akan ditayangkan bulan hadapan.

Vlogger yang kerap membuat ulasan filem itu dilihat memuat naik poster yang sudah diubahsuai pada bahagian tajuk apabila satu perkataan diganti dengan ‘antivaksin’.

Sebelum ini, Rita atau nama lengkapnya, Rita Rudaini Mokhtar menafikan dirinya antivaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19.

Dia juga menegaskan dirinya lebih kepada prosafe iaitu kesiapsiagaan vaksin (ambil langkah berjaga-jaga) atau individu yang menunggu vaksin itu betul-betul selamat untuk digunakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI