fbpx

Suami isteri lahir pada waktu dan bandar yang sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini menyifatkan mereka bagaikan kembar berlainan ibu. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini selepas mendedahkan bahawa dia berkahwin dengan suaminya yang berkongsi waktu  dan bandar kelahiran yang sama, lapor laman Suara.com.

Menurut video yang dimuat naik pengguna aplikasi TikTok dengan nama @sakilagustina itu, dia umpama sudah dijodohkan dengan suaminya itu yang diibaratkan seperti pasangan kembarnya namun berlainan ibu.

Pasangan tersebut lahir pada waktu, hari dan lokasi yang sama iaitu 6 Ogos 1994 di Sukabumi, Jawa.

“Kembar berbeza ibu dengan suami. Kami lahir pada tarikh dan tahun yang sama, waktu yang sama dan di bandar yang sama.

“Yang berbeza hanyalah hospital. Ada yang begini juga?,” demikian keterangan yang dimuat naik wanita itu bersama videonya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Kalau sudah jodoh tidak ke mana,” tulis seorang netizen.

“Sangat ajaib, semoga kekal sehingga ke akhir hayat,” tulis seorang netizen lain. 

Video tersebut sehingga kini sudah ditonton melebihi 800,000 kali dengan lebih 37,000 tanda suka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI