fbpx

Sekolah dibenar periksa status vaksinasi guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RADZI Md. Jidin (kanan) berbual dengan seorang murid Tahun 1 semasa melawat SK Ayer Molek di Ayer Molek, Melaka. MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA- Kementerian Pendidikan mengarahkan pihak sekolah memeriksa status vaksinasi para guru bagi mengelakkan penipuan golongan pendidik anti vaksin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, semakan itu penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan terjamin.

Tegas beliau, kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana tindakan segelintir guru yang enggan divaksin jelas bertentangan dengan arahan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kementerian Pendidikan sentiasa mengingatkan guru-guru untuk mengambil vaksin. Ini sangat penting dalam ekosistem pendidikan kerana para guru sentiasa bersemuka dengan pelajar dan ibu bapa.

“Kita tidak mahu ada guru yang kata sudah divaksin, tetapi sebaliknya yang berlaku. Justeru, pihak sekolah harus memastikan sijil digital vaksinasi setiap guru disemak mulai hari ini.

“Pihak sekolah akan memperoleh maklumat terkini berkaitan vaksinasi guru dan tindakan boleh diambil terhadap guru berkenaan berdasarkan data yang tepat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI